Sekolah Ah Long kot.

Status: Puasa larh.. BOHOO
Song: Hope Is My Dream That Never Sleeps by Kyuhyun.
____________________________________________

Aku pun tak tau cam mana minggu lepas aku boleh jadi hantu.

Sabtu lepas, budak kelas aku nak sesangat buat Rumah Hantu untuk Hari Jogathon yang aku tak peduli langsung tu.
Aku benci betul bab sekolah nak mintak duit. Tulah.. sekolah aku memang sekolah budak miskin, walaupun dikelilingi rumah orang kaya.

Aku tak tau la kenapa die orang asyik mintak duit je dari budak-budak. Tiap kali ade orang cube derma duit lebih daripada RM5, aku suruh diorang derma seringgit je. ---> Nie akan aku citer pada next post. Jangan risau.
"Jangan bazir duit."

Aku nie dahlah seorang yang kedut (Perkataan kedekut yang dikedekut kan lagi jadi KEDUT) terutama bab duit aku sendiri.

Semua orang duit raya masuk bank, aku duit raya, separuh bagi kat bank, separuh dalam tempat secret aku.
Aku tak boleh percaya bank tue.. nak keluar duit kena tanya mak dulu. Baek takyah.

Anyway, aku tak taulah kenapa aku jadi hantu untuk Rumah Hantu tu.

Aku dahla tak suke tengok citer hantu. Malam confirm tak leh tido asyik terpikirkan hantu. Orang ceritakan cerita hantu pun aku dah takut.
Nie nak jadik hantu. Ironik betul dunia nie.

Pastu, budak kelas pergi letak make-up kat muke aku. Ntah ape benda diorang letak kat muke aku. Aku mane pernah pakai make-up. Lipbalm pun tak pernah pakai.

Aku budak natural. Tak cam sesetengah budak pompuan yang laen. Yang pakai handbag sumer tu ehemgedikzehem.
Tapi tahun nie mak aku paksa aku pakai handbag mase Raya.

Mahal gile beg tu, RM300 lebih. Mak aku yang tak check harga beg tu terus kata tu hadiah burfday aku. TAK NAK!!! Baru nak mintak mp3 baru. Dahlah handbag tu jenama tak best. Baik beli beg DKNY yang harga same tu. At least ade la class sikit. Cis.

Err... terserong plak citer aku nie.. Lepas pakai make-up, budak kelas aku sentiasa komen pasal betapa creepy gile aku nie. Kate aku macam hantu betul.

Rasa cam nak kate:"Bodoh!! Hantu takda kaki la" - Aku expert hantu.

Aku sebenarnye nak jadi pocong tapi ntah cam mana la kan.. tranform jadi pontianak. Hantu yg paling aku benci.
Aku tak tau cam mana muke aku. Tak sempat tengok kat cermin.

Yang lagi teruk, aku takut nak masuk rumah hantu. Sumpah lagu diorang pilih creepy gile. Dahla suruh aku masuk dalam almari. Ingat aku nie hantu betul ke?!

Panas gile. Dengan speaker muzik tu kat atas almari, bergegar satu almari.
Reaksi budak-budak yang nampak aku: ADUSS.. malu tahap maksimum!

  • Ade yang tutup muke bile nampak aku.
  • Ade yang salam tangan aku lagi, "Hai.. boleh berkenalan?" Tempting gile nak tumbuk muke mamatz cam nie.
  • Ade yang kenal aku. Sempat tegur lagi. Masalah nye aku tak kenal pun diorang. Sungguh pelik.
  • Ade yang pandang aku je and buat dek je. Budak pelikz.
  • Ade yang terjerit-jerit, "Hantu wei!!" Sumpah rase nak ketawa. Dah aku memang hantu pandai.
  • Ade yang terjatuh. Nie aku rase diorang cube mengedik sebab ade bawak pakwe sekali.
  • Ade yang jerit la. Duh.
  • Tapi yang paling aku benci skali, bile seekor mamat nie pegi hentam pintu almari kat kepala aku. Perangai cam babi. Muke pun cam babi kot. Bile ingat je rase nak bunuh ke mamat nie. Hish.

Agak best la jugak jadi hantu, tapi bile ingat je perkara cam budak babi tu, rase cam gile menyesal. Habis maruah aku.

Lepas tutup rumah hantu tu, aku terus balik. Lapar gile sampai sakit perut. Dahla make-up diorang letak tu ade yang campur dengan food coloring. Tak boleh hilang!! Merah muke aku!

Nasib aku nie pandai, dapat cari cara nak hilangkan.

Comments