OMD (Oh Mon Dieu)

Status: SMTown is trending on twitter. Beat that, Australia.
Song: Love The Way You Lie by Eminem (Feat. Rihanna)
______________________________________

"Nana nak ikut pergi Mydin esok?

"Ee. Mydin untuk orang low-class je."

Sumpah lawak kot. Adik ku yang gedik. Tak tau la kenapa hari nie die pandai buat lawak.

"Cikgu Zulkifly dah bersara, dah fly dah die."

Nampaknye die pun terpengaruh dengan perangai teruk nie.

"Bile dapat nama Datin je, tak nak kerja dah." - Mak aku pun perangai sama.

"Alaa.. tak nak buka puasa kat KGPA, banyak mak datinz tergedik kat situ." -- Kata adik aku yang sekolah kat Sri Aman. Oh. Sungguh ironik.

Sempat mock lagi mak datins. Aku pun join sekali.

"Ee. Menyampah betul tengok nasi nie. Takda makanan lain ke??" - Aku pun agak berperangai same.

Dalam keluarga aku, selalu je ade debate. Sebab tulah bile aku tengok debate sekolah macam lame gile.

Walaupun diorang nie sumer nampak cam orang pendiam and baek.
Itu semua BOHONG, bak kata orang dalam citer Indon.

So apabila ada orang nie datang kat kelas aku. Kononnye nak buat kite rase menyesal and cube derma lagi banyak duit for jogathon.

Orang nie dari dulu suke bagi ceramah yang panjang gile walaupun die kata 5 minit je. Tak de keje ke asyik bagi speech yang tak membawa kesan??

Die kata la yang bile anak die fail apa-apa subjek, die akan tanya, "Did you do your best?" Kalau anak die kate "Yes." Die tak marah.

Ohh.. ok. So, nak tunjuk die ada keluarga yang sungguh bermoral and baek la nie. Cis.

Aku tak tau la kenapa, tapi rasa terhina bagi pihak keluarga aku yang agak opposite dengan keluarga orang tuh.

Kalau bab menghina nie, keluarga aku la nombor satu. Tak kira la racist ke sexist ke.. semua cakap je.

Kata sorang nie anak angkat, anak cina, budak sepet, budak hitam and err anak pirate.

Adik aku nie ada muka cam Cina sikit sebab nenek moyang aku Cina. Rasenye la.

So aku dengan adik aku lagi satu suke ejek die dengan lagu Aci-Aci Buka Pintu.

'Matanye sepet, hidungnye kembangggg...'

Hahahaha.. lawak gile bile tengok die mengamuk.

Mak aku pun suke menghina, die paling teruk. Bile ade kereta menyusahkan die mesti die marah.

"Bodoh ke ape kereta nie? Mesti pompuan bawak kereta tu."

Kucing aku pun jadi mangsa sekali.

"Kucing nie bodoh ke ape?"

Aku pulak suke bergolek-golek dengan kucing aku depan tv. Ayah aku pun sama gak. Sempat suruh kucing tu urut die lagi.

Perangai semua memang teruk tapi at least agak interesting.

Perkataaan bodoh dibodohkan lagi jadi boho. Perkataan baru oleh Anis.

Comments