Hey, Cat

Status: BoA is back.
Song: 다시 돌아와 by Infinite.
______________________________________

Kucing ku yang sudah tua. Dah berapa tahun agaknye ko dah hidup??

Aku pun tak tau. Tuan tak berguna.

Baru-baru nie, die asyik muntah balik makanan die.

Ayah aku kate die dah tua. Mak aku kate die mengada-ngada.

Haha. Mak aku nie memang tak suke kucing tu.

Die nak golek-golek dekat depan pintu pun kena marah. Die nak golek kat depan tv pun kena marah. Die buat bising pun, mak aku marah. Akhir-akhir kena halau kucing tu. Sumpah perangai cam Mak tiri.

"Kucing gilo."

"Out, Tiger!" - Kucing aku faham English. Dengar je perkataan 'Out', terus die keluar.

"Tiger nie asyik nak menggesel jer, habis baju sekolah nie kena bulu!"

"Memilih makan pulak kucing nie!"

"Makan lah. Orang dah bagi dah makanan nie."


Aku pulak suke buli kucing nie. Sebab tu lah aku dikenali sebagai Pembuli Kucing. Kalau orang tak boleh buli, kucing lah yang kena. Tapi aku memang sayang sesangat kucingku walaupun selalu kena buli.

Sekarang, ayah aku kata kawan die nak bagi kucing kat kita. Huh, kucing nie pun tak terjaga, nak amik kucing lain pulak.

Aku baru nak post gambar kucing nie, tapi takde.

Comments